Catatan

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Bandar

Imej
Ketika itu Selangor sedang mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dan memberangsangkan. Pembukaan kawasan-kawasan baru untuk petempatan, pertanian dan perladangan, di samping lombong-lombong bijih timah mendesak keperluan membina jaringan jalan pengangkutan darat yang lebih meluas. Penggantungan sepenuhnya kepada sistem pengangkutan jalan air semula jadi seperti sungai dan laut tidak lagi relevan. Sistem pengangkutan darat seperti jalan kereta api dan jalan raya dilihat dapat mengangkut manusia dan barangan dalam kapasiti yang lebih banyak dan selamat berbanding jalan air. Namun rintangan-rintangan fizikal seperti sungai mesti diatasi terlebih dahulu. Pembinaan jambatan merupakan solusi yang tepat. Namun pembinaannya memerlukan biaya yang besar apatah lagi jika sungai di situ lebar, dalam serta arusnya deras. Jadi penyelesaian jangka pendeknya ialah mewujudkan perkhidmatan feri.  Penggunaan feri atau bot penambang bukanlah sesuatu yang baharu.  Sememangnya manusia sejak dahulu lagi