SEJARAH AWAL KAMPUNG KANCHONG DARAT
1. PENDAHULUAN Kuala Langat dalam tahun 1898 Kalau nama Kanchong Laut disebabkan kedudukannya yang terletak tidak jauh dari laut, Kanchong Darat pula ialah kerana kedudukannya jauh dari laut dan menghala ke sebelah daratan. Kampung ini terletak lebih kurang 4 batu dari pekan Banting. Kampung ini bersempadankan Kampung Sungai Lang, Revolusi Hijau di sebelah barat laut, kampung sungai Lang Tengah di timur dan di selatannya terletak kampung Batu Laut. Penduduk-penduduk asal kampung ini terdiri dari orang Melayu Melaka. Kemudian diikuti suku Banjar dan orang-orang Jawa. Kampung Kanchong Darat mula diteroka pada tahun 1904 oleh sekumpulan orang dari Tanah Jawa, Indonesia yang terdiri dari Tuan Haji Abd Rahim, Tuan Haji Abd Rahman, Tuan Haji Abd Majid, Tuan Haji Ali dan Tuan Haji Khalil. Kawasan yang mula-mula sekali diterokai ialah kawasan di Batu 24, di sebelah Kanchong Bengkok, yakni jalan yang menuju ke Kampung Tali Air sekarang. Kumpulan berikutnya telah datang meneroka kawasan lap