Banglo, Rumah Rehat dan Sanatorium di Morib


PENDAHULUAN

Ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad, memang terdapat laluan berbatu dari Jugra ke Batu Laut sejauh 15 batu (24 km). Telah ada 8 buah petempatan kecil di laluan itu termasuk Kelanang. Laluan ini digunakan oleh pegawai British untuk bergerak ke kawasan pantai Kuala Langat di Morib dan  Batu Laut sehingga ke Sepang bagi tujuan kutipan hasil dan pergerakan peladang dan pekerja-pekerja mereka dari Jugra  Morib telah wujud ketika kesultanan Sultan Abdul Samad. Pada tahun 1893, Penghulu Morib ketika itu Raja Mon, dikatakan telah membuka kawasan-kawasan pertanian untuk tanaman kelapa. Namun begitu tanaman mereka seringkali dirosakkan oleh babi hutan. Rotan dan perikanan juga kegiatan ekonomi utama di sini, biasanya untuk untuk pasaran Klang dan Kuala Lumpur. 

Kemajuan dan pembangunan infrastruktur di Kuala Langat semakin rancak. Pada 6 Februari 1887, kerajaan telah mengeluarkan tender untuk pembinaan jalan raya baharu, cabang jalan ke Morib dari laluan Jugra-Sepang. Dalam tahun 1896, satu perkampungan baharu yang didiami oleh orang-orang Jawa diwujudkan di persimpangan jalan antara Kelanang dan Morib, yang lebih dikenali kini sebagai Simpang Morib. Ketika itu mereka boleh mendapatkan beras dan keperluan harian sama ada daripada kedai-kedai di Jugra ataupun di Morib.

Dalam tahun 1902, satu tender pembinaan jalan raya pesisir pantai dari Batu Laut ke Morib dibuka. Dalam bulan April 1906 pula jalan raya Morib ini dinaiktaraf dan diperbesar dengan peruntukan sebanyak $3000.  Pada tahun 1909 pembinaan jalan raya dari Sungai Banting ke Morib dimulakan.

Pantai Morib yang telah ditembok dan dinaiktaraf.
 Perhatikan pokok-pokok Rhu dan Tembusu yang mewarnai pantainya

Pantai Morib ketika air surut...berlumpur dan berkepah

Pantai Morib pada awalnya diperkenalkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Pada asalnya Morib sudah wujud di zaman pemerintahan Raja Mon lagi iaitu tahun 1893, akan tetapi mula popular apabila pihak British menjadikan Pantai Morib sebagai salah satu destinasi orang 'kita' ketika itu. Sebagai tempat beriadah sambil merehatkan minda, korporat dan pegawai tadbir Inggeris membina banglo rehat  mereka di Morib, di tepi pantai untuk pegawai-pegawai dan pengurus estet mereka. Dalam bulan Mei 1895 kerajaan telah meluluskan pembinaan satu banglo di Morib. Banglo kerajaan itu dijadikan Rumah rehat Morib yang diperuntukkan hanya kepada pegawai-pegawai kerajaan dan Peladang berbangsa Eropah ketika itu. 
.
Makluman Kerja-kerja Terbengkalai untuk Projek Halting Bungalow di Morib dalam tahun 1895


Tender Pembinaan banglo Kerajaan di Morib pada tahun 1895

Pembinaan Halting Bungalow di Morib dalam tahun 1898

Kemudian dalam  tahun 1898, sebuah lagi banglo inap yang dikenali Halting Bungalow dibina di Morib. Objektif pembinaan banglo ini adalah untuk memberikan penginapan bermalam kepada pegawai-pegawai kerajaan Inggeris yang sedang menjalankan tugas di luar Jugra. Jalan perhubungan darat ketika itu agak terhad dan terdedah kepada bahaya ancaman haiwan liar seperti harimau dan gajah. Dengan adanya banglo inap ini, pegawai tersebut tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang ke Jugra memandangkan mungkin kerja-kerja luar itu memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu untuk diselesaikan. Kemudian, dalam tahun 1907, kerja-kerja pembaharuan dan tambahan kepada bangunan Rumah Rehat di Morib dilakukan. Kerja-kerja penambahan ini berjumlah $1500. Pembinaan rumah rehat yang baharu dimulakan dalam tahun 1911.

Tender Penambahan Penginapan di Rumah Rehat Morib dalam tahun 1907


Tender Pembinaan Banglo baharu di Morib pada tahun 1911

‘Halting bungalow’ di Morib dan Rumah Rehat Kerajaan di Morib  dijaga dengan baik oleh seorang pekerja Melayu. Pada tahun 1913, Sanatorium di Morib mempunyai sebuah banglo lama sedia ada, dengan 4 buah bilik dan setiap bilik menempatkan 2 buah katil manakala banglo baru mempunyai 2 bilik. Di setiap banglo ada seorang penjaga, seorang tukang masak dan seorang tukang angkat air yang digajikan. Kesemua mereka kemungkinannya berbangsa Cina Hailam. Rest house dan sanatorium ini menjadi  ‘favourite resort’ pegawai-pegawai kerajaan berbangsa  Inggeris dan pengurus-pengurus dari estet-estet berhampiran. Pada tahun 1931, Morib sudah mempunyai rest house kecil  dan banglo sanatorium, istana hinggap Sultan, banglo rehat swasta dan banglo kepunyaan persatuan-persatuan kebajikan. Pembangunan Morib terus berlangsung. Pada tahun 1958, sanatorium baru untuk penghidap Batuk Kering (T.B) dibina di Morib. 

LOKASI/KEDUDUKAN

Peta Kuala Langat dalam tahun 1913


Kawasan Perkampungan di Morib pada tahun 1913

Pelan lakar Kedudukan Rumah Rehat dan Sanatorium di Morib dalam tahun 1926

Petempatan di Morib dalam tahun 1945


RUMAH REHAT MORIB






Pemeriksaan Persekitaran Mengesan Kehadiran Nyamuk yang menyebabkan demam Malaria dilakukan di Ruma Rehat Morib dalam tahun 1914

INVENTORI PERKAKASAN

Inventori Perkakasan yang terdapat di Rumah Rehat Jugra dan Morib pada tahun 1897

KADAR SEWAAN DAN CAJ PERKHIDMATAN
Resit Pembayaran Caj Penginapan oleh Dr. Watson di Morib Halting Bungalow dalam bulan Mac 1905.

Caj Sebenar Bayaran Penginapan Dr. Watson di Banglo Morib dalam tahun 1905

Syarat Penggunaan Sanatorium di Morib dalam tahun 1926


1/3 Kadar Caj dan Bayaran Perkhidmatan untuk Rumah Rehat dan Sanatorium di Morib pada tahun 1930

2/3 Kadar Caj dan Bayaran Perkhidmatan untuk Rumah Rehat dan Sanatorium di Morib pada tahun 1930

3/3 Kadar Caj dan Bayaran Perkhidmatan untuk Rumah Rehat dan Sanatorium di Morib pada tahun 1930

DOKUMEN-DOKUMEN TENTANG MORIB DARIPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA

Tender pembinaan jalan cabang  dari Jalan Jugra- Sepang ke Morib pada tahun 1887


Petempatan baharu di Simpang Morib dalam tahun 1896

Makluman tentang inventori perkakasan dan perabot yang tidak mencukupi di Rumah Rehat Jugra dan Morib pada tahun 1898

Telegram memaklumkan kematian Raja Mon, Penghulu Morib pada 8 Februari 1901

Pembinaan jalan raya dari Batu Laut ke Morib dalam tahun 1902

Penaiktarafan Jalan Raya ke Morib dalam tahun 1906

Masalah Gajah Liar di Laluan Jugra- Sepang dalam tahun 1906


Tender Jalan Raya di Morib dalam tahun 1906




Tender Pembinaan Jalan Raya dari Sungai Banting ke Morib dalam tahun 1907




















Rungutan tentang  Kekerapan Banjir di Jalan raya di Sepang ke Morib ketika air pasang dalam tahun 1929








1/2 Minit Mesyuarat dalam tahun 1947 tentang kerja-kerja pembersihan peralatan ketenteraan yang terdampar di pantai Morib sejak Pendaratan Tentera Berikat di Morib pada tahun 1945

2/2 Minit Mesyuarat dalam tahun 1947 tentang kerja-kerja pembersihan peralatan ketenteraan yang terdampar di pantai Morib sejak Pendaratan Tentera Berikat di Morib pada tahun 1945

Cadangan Tapak Perkhemahan Pengakap di Morib oleh Jabatan Pelajaran Selangor dalam tahun 1952

Pemulangan Semula Banglo kepada YM Tengku Ampuan Fatimah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah digunakan sebagai Pusat Latihan Belia selama 5 tahun sejak tahun 1948.

Kuil Sri Perumal, Simpang Morib 1967




KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK BUTIRAN LANJUT:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Bandar

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Sungai Buaya

SEJARAH AWAL KAMPUNG KANCHONG DARAT