Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Sungai Buaya
Pada tahun 1914. pentadbiran British di Kuala Langat telah secara rasminya menutup operasi perkhidmatan feri di Bandar. Keputusan ini diambil kerana satu jambatan besi telah dibina di Telok Datok ke Banting. Meskipun begitu, pengkalan perahu di Bandar itu tetap digunakan oleh penduduk-penduduk dengan menggunakan perahu masing-masing. Pengkalan feri yang baru di Sungai Buaya ini diwujudkan bagi meneruskan perkhidmatan pengangkutan air ini kepada penduduk dan pekerja-pekerja estet dan kakitangan kerajaan di sekitar Jugra. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di tebing sebelah Jugra dan Jenjarom di sebelah Telok Panglima Garang..
Bot feri yang sebelumnya digunakan di Bandar, dibaiki dan terus digunakan di jeti Sungai Buaya. Perjalanan biasanya mengambil masa 15 minit. Walaupun lokasi feri beroperasi telah dipindahkan, perkhidmatan feri itu masih terus digunakan untuk urusan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di kedua-dua belah Jugra dan Telok Datok di samping orang awam. Selain orang awam dan para pekerja estet yang berjalan kaki, penjawat awam yang berbasikal, kenderaan peribadi dan kerajaan seperti kereta, kereta kuda dan kereta lembu bermuatan getah,dan barangan dagangan lain juga menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi setiap hari dari pukul 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Tiada perkhidmatan feri pada sebelah malam. Namun, jika terpaksa, atas sebab-sebab kecemasan, penyeberang boleh mendapatkan khidmat pendayung persendirian yang sanggup membawa mereka dengan kadar upah yang pasti lebih tinggi.
Dalam tahun 1914, pontoon besi digunakan untuk pengangkutan feri di situ. Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari yang malang, 22 September 1922, tragedi feri karam berulang kembali. Kali ini melibatkan Raja Muda Selangor yang sedang dalam perjalanan ke Bandar. Walaupun begitu, perkhidmatan feri ini diteruskan juga. Kerajaan bersetuju membayar pampasan serta ganti rugi kepada keluarga mangsa. Dalam tahun 1924, bot-bot feri ini diselenggara kembali dengan kos $1000. Pada 29 November tahun 1927, perkhidmatan feri Sungai Buaya ini secara rasminya dihentikan. Kerajaan menyerahkan kepada pihak pengurusan Telok Datoh Estate untuk meneruskan perkhidmatan atas daya usaha mereka sendiri.
| Berita kemalangan feri karam melibatkan Raja Muda disiarkan dalam akhbar di Singapura. |
| Penutupan Rasmi Perkhidmatan Feri Sg. Buaya pada 29/11/1927 |
| Perbandingan Jarak Jalan raya sekitar Kuala Langat dalam tahun 1932 dengan jelas menunjukkan kedudukan Feri Sg. Buaya yang tidak lagi beroperasi |
| Bukti tapak atau pengkalan feri masih lagi digunakan dalam tahun 1941 |
Sila Klik pada pautan untuk butiran terperinci:
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.
Ulasan
Catat Ulasan