Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Morib

SEJARAH AWAL KAMPUNG KANCHONG DARAT

Imej
 1. PENDAHULUAN Kuala Langat dalam tahun 1898 Kalau nama Kanchong Laut disebabkan kedudukannya yang terletak tidak jauh dari laut, Kanchong Darat pula ialah kerana kedudukannya jauh dari laut dan menghala ke sebelah daratan. Kampung ini terletak lebih kurang 4 batu dari pekan Banting. Kampung ini bersempadankan Kampung Sungai Lang, Revolusi Hijau di sebelah barat laut, kampung sungai Lang Tengah di timur dan di selatannya terletak  kampung Batu Laut. Penduduk-penduduk asal kampung ini terdiri dari orang Melayu Melaka. Kemudian diikuti suku Banjar dan orang-orang Jawa.  Kampung Kanchong Darat mula diteroka pada tahun 1904 oleh sekumpulan orang dari Tanah Jawa, Indonesia yang terdiri dari Tuan Haji Abd Rahim, Tuan Haji Abd Rahman, Tuan Haji Abd Majid, Tuan Haji Ali dan Tuan Haji Khalil. Kawasan yang mula-mula sekali diterokai ialah kawasan di Batu 24, di sebelah Kanchong Bengkok, yakni jalan yang menuju ke Kampung Tali Air sekarang.   Kumpulan berikutnya telah datang meneroka kawasan lap

Banglo, Rumah Rehat dan Sanatorium di Morib

Imej
PENDAHULUAN Ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad, memang terdapat laluan berbatu dari Jugra ke Batu Laut sejauh 15 batu (24 km). Telah ada 8 buah petempatan kecil di laluan itu termasuk Kelanang. Laluan ini digunakan oleh pegawai British untuk bergerak ke kawasan pantai Kuala Langat di Morib dan  Batu Laut sehingga ke Sepang bagi tujuan kutipan hasil dan pergerakan peladang dan pekerja-pekerja mereka dari Jugra  Morib telah wujud ketika kesultanan Sultan Abdul Samad. Pada tahun 1893, Penghulu Morib ketika itu Raja Mon, dikatakan telah membuka kawasan-kawasan pertanian untuk tanaman kelapa. Namun begitu tanaman mereka seringkali dirosakkan oleh babi hutan. Rotan dan perikanan juga kegiatan ekonomi utama di sini, biasanya untuk untuk pasaran Klang dan Kuala Lumpur.  Kemajuan dan pembangunan infrastruktur di Kuala Langat semakin rancak. Pada 6 Februari 1887, kerajaan telah mengeluarkan tender untuk pembinaan jalan raya baharu, cabang jalan ke Morib dari laluan Jugra-Sepang. Dalam tahun