Catatan

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Sungai Buaya

Imej
Pada tahun 1914. pentadbiran British di Kuala Langat telah secara rasminya menutup operasi perkhidmatan feri di Bandar. Keputusan ini diambil kerana satu jambatan besi telah dibina di Telok Datok ke Banting. Meskipun begitu, pengkalan perahu di Bandar itu tetap digunakan oleh penduduk-penduduk dengan menggunakan perahu masing-masing. Pengkalan feri yang baru di Sungai Buaya ini diwujudkan bagi meneruskan perkhidmatan pengangkutan air ini kepada penduduk dan pekerja-pekerja estet dan kakitangan kerajaan di sekitar Jugra. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di tebing sebelah Jugra dan Jenjarom di sebelah Telok Panglima Garang..  Bot feri yang sebelumnya digunakan di Bandar, dibaiki dan terus digunakan di jeti Sungai Buaya. Perjalanan biasanya mengambil masa 15 minit. Walaupun lokasi feri beroperasi telah dipindahkan, perkhidmatan feri itu masih terus digunakan untuk urusan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di kedua-dua b

SEJARAH AWAL KAMPUNG KANCHONG DARAT

Imej
 1. PENDAHULUAN Kuala Langat dalam tahun 1898 Kalau nama Kanchong Laut disebabkan kedudukannya yang terletak tidak jauh dari laut, Kanchong Darat pula ialah kerana kedudukannya jauh dari laut dan menghala ke sebelah daratan. Kampung ini terletak lebih kurang 4 batu dari pekan Banting. Kampung ini bersempadankan Kampung Sungai Lang, Revolusi Hijau di sebelah barat laut, kampung sungai Lang Tengah di timur dan di selatannya terletak  kampung Batu Laut. Penduduk-penduduk asal kampung ini terdiri dari orang Melayu Melaka. Kemudian diikuti suku Banjar dan orang-orang Jawa.  Kampung Kanchong Darat mula diteroka pada tahun 1904 oleh sekumpulan orang dari Tanah Jawa, Indonesia yang terdiri dari Tuan Haji Abd Rahim, Tuan Haji Abd Rahman, Tuan Haji Abd Majid, Tuan Haji Ali dan Tuan Haji Khalil. Kawasan yang mula-mula sekali diterokai ialah kawasan di Batu 24, di sebelah Kanchong Bengkok, yakni jalan yang menuju ke Kampung Tali Air sekarang.   Kumpulan berikutnya telah datang meneroka kawasan lap